Pengaruh Falsafah Pendidikan Barat (FPB) terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. "
PENGENALAN KEPADA FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
💡 Falsafah tidak dinafikan kepentingannya kepada kehidupan manusia. Setiap individu secara tidak langsung mempunyai falsafah di dalam kehidupannya kerana falsafah berhubung kait dengan kebenaran dan fitrah manusia ke arahkebenaran. Falsafah membantu manusia dalam usaha membangunkan kebolehanmengatasi masalah yang timbul bagi mendapatkan jawapan yang lebih rasional, bijaksana dan jelas. Selain itu falsafah mampu membantu manusia dalam membentuk suatu pandangan yang sistematik ke atas setiap sesuatu yangterdapat di alam semesta ini.FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
💡 Falsafah
Pendidikan Barat terbahagi kepada dua iaitu tradisional dan moden. Falsafah Pendidikan Barat ini membincangkan aspek-aspek pendidikan yang muncul di dalam masyarakat barat. Aliran fahaman pendidikan ini termasuklah Perenialisme, Esensialisme, Progresisvisme dan Rekonstruksionisme. Ia bermula daripada falsafah umum seterusnya melahirkan falsafah-falsafah pendidikan seperti falsafah umum pragmatisme, idealisme, realisme dan eksistiensialisme. Ahli-ahli falsafah memberi makna kepada konsep -konsep sejagat yang mendefinasikan proses pendidikan seperti konsep pembelajaran, kurikulum dan sebagainya.
💡 Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan, malahan ia juga menjadi panduan yang amat penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan tersebut. Proses mendidik pelajar perlu berlangsung secara terancang dan sistematik kerana tanpa ciri tersebutproses ini akan mengalami banyak masalah dan halangan sehingga tidakmendatangkan hasil yang diharapkan. Daripada mazhab falsafah umum Barat,lahir banyak falsafah pendidikan yang berasas kepadanya. Falsafah Pendidikan Barat mempunyai pelbagai definisi daripada pandangan tokoh-tokoh.
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
💡 Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara mereka melihat perhubungan di antara matlamat dan kaedah. Falsafah tradisional mengambil kira bahawa matlamat adalah di luar kawalan indidvidu. Manusia bebas memilih kaedah untuk mencapai matlamat, sebaliknya falsafah moden menyuarakan bahawa individu boleh menentukan ke dua-dua matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat.
PERBEZAAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TRADISIONAL DENGAN MODEN BERDASARKAN CIRI-CIRI BERIKUT :
📌 Masyarakat dan Pendidikan
📌 Pengajaran guru
📌 Tujuan dan program
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TRADISIONAL DAN MODEN
PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT (FPB) TERHADAP PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan suatu garis panduan untuk semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Menurut Tajul dan Noraini (1992), Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Maka, FPK in akan menjadi pedoman dan pegangan kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan sama ada daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat universiti. Sehubungan dengan itu, FPK telah digubal dengan sangat teliti oleh pakar pendidikan dan mengambil kira seluruh aspek sekaligus menyamai matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mengembangkan potensi murid kearah melahirkan modal insan yang berkualiti. Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) merumuskan falsafah pendidikan di Malaysia dikenali sebagai falsafah eklektisme, iaitu sesuatu falsafah yang dicipta terdiri daripada pelbagai falsafah yang sedia ada. Falsafah pendidikan di Malaysia merupakan suatu falsafah yang tersendiri. Bagaimanapun, terdapat sebahagian unsur yang diambil dan diolaha daripada falsafah pendidikan Barat, Timur dan juga Islam.
Elemen-elemen di dalam Falsafah Pendidikan Barat diakui mempengaruhi dalam pembentukan FPK di negara ini. Namun pemilihan dan pengolahan terhadap elemen tersebut telah diolah bagi disesuaikan dalam konteks negara Malaysia selaras dengan matlamat KPM bagi mengembangkan potensi mund ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti berdasarkan prinsip-prinsip yang telah dinyatakan di dalam FPK. Jika diteliti secara terperinci, falsafah pendidikan di Malaysia dipengaruhi sebahagian besarnya daripada Falsafah Pendidikan Barat sama ada moden atau tradisional. Falsafah pendidikan Barat merangkumi mazhab perenialisme, esensialisme, progresivisme, rekonstruktivisme dan eksistensialisme. Kesemua mazhab ini member pengaruh sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembentukan FPK bagi memenuhi matlamat KPM.
💥 PERENIALISME 💥
Perenialisme berasal daripada perkataan asas, perennial yang bermaksud "tidak berubah". Justeru, bagi ahli perenialisme, ketelusan merupakan sesuatu yang tidak akan berubah atau bersifat perennial. Perenialisme membawa pandangan pendidikan yang konservatif dan tradisional. Perenialisme berasas daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM). Menurut ahli-ahli perenialisme, tabii manusia adalah tetap. Oleh itu, prinsip-prinsip pendidikan adalah tetap dan selalu berulang-ulang. Mereka juga menegaskan tentang ciri-ciri intelek yang terdapat pada dir manusia. Bagi mereka, manusia adalah makhluk yang rasional, dan sekolah merupakan agensi masyarakat yang bertujuan untuk membentuk manusia menjadi rasional.
Menurut Johnson dan rakan-rakan (1969), tujuan pembelajaran bagi perenialisme terletak dalam aktiviti-aktiviti untuk mendisiplinkan akal. Berpandukan konsep yang telah dikemukakan, maka pendidikan bertujuan untuk mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak mempunyai had masa. Ahli-ahli perenialisme menganggap tujuan sejagat pendidikan ialah untuk mencapai dan menyebarkan kebenaran. Bagi mereka, kebenaran adalah sejagat dan tetap. Ini bermakna kebenaran adalah sama di mana-mana sahaja. Oleh itu, pendidikan mestilah sama di seluruh dunia.
Secara umumnya, kurikulum mazhab perenialisme dikatakan konservatif dimana prinsip pendidikannya bersifat tetap dan berulang. Matlamat pendidikan mazhab ini adalah untuk mengajar pengetahuan dan nilai sejagat, abadi atau dan tidak mempunyai had masa di mana ia adalah suatu usaha mencari kebenaran dan menyebarkannya kepada generasi yang akan datang. Hal ini bertepatan dengan FPK di mana pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan. Elemen ini penting kerana pendidikan berterusan akan menanam sifat cintakan ilmu hingga akhir hayat seterusnya mampu melahirkan modal insan yang berkualiti. Aliran parenialisme juga mengutamakan kerasionalan dalam mengadakan matlamat sistem pendidikan untuk memperbaiki status manusia. Menurut Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986) disamping mengejar pembangunan kemajuan sains dan teknologi, industri seharusnya mengekalkan nilai kemanusiaan yang murni. Maka, FPK untuk melahirkan rakyat yang berakhlak, bermoral, beretika dan berestetika amat bertepatan dengan sebahagian pemikiran perenialisme.
💥 ESENSIALISME 💥
Essensialisme pula berasas daripada falsafah tradisional. Pandangan pendidikan ahli-ahli essensialisme banyak dipengaruhi ole falsafah idealisme dan realisme Falsafah pendidikan ini telah dibentuk oleh William C.Bagley (1983). Di antara pendidik- pendidik lain yang tergolong dalam pergerakkan falsafah ini termasuklah Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L.Kandel. Bagi ahli esensialisme, terdapat ilmu dan kemahiran utama yang perlu diajar kepada anak murid. Falsafah in menekankan kepada perkara-perkara yang asas sahaja, iaitu apa yang perlu diketahui seseorang individu agar menjadi ahli masyarakat yang produktif. Perkara-perkara pula boleh berubah dari masa ke semasa. Oleh itu, esensialisme bersifat praktikal dan prakmatik.
Matlamat pendidikan in ialah pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh murid serta penghayatan budaya. Ahli ahli esensialisme menghendaki nilai-nilai masyarakat diajar sepanjang kurikulum persekolahan. Termasuklah nilai-nilai sosial dan kebudayaan golongan kelas atasan dalam masyarakat, nilai-nilai politik dan cendekiawan negara.
Falsafah ini menumpukan kepada perkara-perkara ass yang perlu diketahui seseorang individu agar menjadi ahli masyarakat yang produktif, bersifat praktikal dan pragmatik. Falsafah aliran ini juga mementingkan pembentukan peribadi dan kurikulumya disusun dari topik yang mudah kepada yang lebih kompleks serta menekankan kemahiran 3M iaitu menulis, mengira dan membaca. Peranan guru di dalam aliran in adalah sebagai pakar dalam pelbagai disiplin dan sebagai role model' yang harus dicontohi.
Unsur intelek yang tercatit di dalam FPK yang menerangkan tentang tumpuan dalam daya berfikir yang meliputi ciri-ciri seperti kemahiran asas 3M, berfikir secara kreatif dan kritis ini membuktikan bahawa terdapat pengaruh aliran esensialisme di dalam pembentukan FPK di negara ini. Menurut Tajul dan Noraini (1992), sumbangan kurikulum essensialisme yang dapat dilihat dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia ialah guru sebagai model, penerapan nilai-nilai muni dalam setiap mata pelajaran, mata pelajaran di bahagikan kepada teras dan elektif dimana menggambarkan mata pelajaran penting dan kurang penting seperti pelaksanaan KBSM dan penekanan 3M dalam pelaksanaan KBSR (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986).
💥 PROGRESIVISME 💥
Ahli progresivisme melihat perubahan sebagai intipati realiti. Bag mereka, ilmu hanya sesuatu yang bersifat relatif dan tenataif begi menerangkan realiti masa kini sahaja. lanya tidak boleh dianggap sebagai benar but selama-lamanya. Realiti dikatakan melalui perubahan secara berterusan. Maka, seorang yang berpendidikan ditakrifkan sebagai seorang yang mempunyai celik akal bagi membolehkan menyesuaikan dir dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupannya. Berbeza dengan mazhab perenialisme, ahli progresivisme tidak percaya wujudnya ketelusan yang tetap dan penting untuk dikuasai oleh anak murid.
Matlamat falsafah ini adalah untuk menyediakan golongan mund agar berupaya mengakomodasi dan menyesuaikan dir dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Kita dapat melihat perkaitannya dengan falsafah pendidikan kebangsaan iaitu untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan bertanggungjawab serta berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang maju dan berilmu.
Progresivisme mementingkan operasi penyelidikan yang menjadi pemangkin pembangunan teknologi. Hasil daripada fahaman aliran progressivisme ini akan melahirkan masyarakat saintifik, progresif dan inovatif kerana kajian penyelidikan saintifik dipupuk secara meluas dan menyeluruh. Falsafah pendidikan juga meggalakkan pelajar agar mempunyai sikap yang kreatif dan inovatif agar dapat menyumbang dalam perkembangan teknologi Negara. Ini juga bertepatan dengan kehendak negara bag melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang akan dapat member sumbangan terhadap pembangunan negara yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif pada masa akan datang.
Falsafah pendidikan juga mengharapkan potensi pelajar berkembang dengan menyeluruh tetapi dalam fahaman progressivisme ini, agama diketepikan. Justeru itu, falsafah pendidikan kebangsaan menyatupadukan antara perkembangan potensi pelajar yang seimbang serta unsur spiritual dan rohani. Hal in demikian kerana, kemajuan tapa agama akan menyebabkan manusia hilang pedoman. Nilai dalam diri juga akan terhakis dan manjadikan manusia bersifat ego dan individualistik. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dan lebih berpusatkan murid juga adalah hasil fahaman ini. Kesimpulannya falsafah progresivisme sedikit sebanyak telah mendatangkan implikasi yang agak bear juga kepada pendidikan di Malaysia. Implikasi yang dikatakan tersebut adalah berasaskan kepada kebaikan demi untuk melahirkan individu yang memenuhi matlamat KPM.
💥 REKONSTRUKSIONISME 💥
Ahli-ahli rekonstruktivisme menganggap bahawa sekolah sebagai pemangkin utama untuk meningkatkan keadaan hidup manusia. Mereka juga mempercayai bahawa sekolah boleh memainkan peranan untuk membentuk masyarakat bar yang lebih baik. Sekolah mestilah bersedia menyediakan pelajar kepada perubahan untuk membentuk semula masyarakat supaya dapat disesuaikan dengan keadaan yang berubah.
Konsep aliran ini lebih menyeluruh di mana ia meliputi isu sosial, ekonomi, politik dan teknologi. Sekolah dijadikan sebagai landasan membentuk masyarakat baru dan ingin mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial. Oleh yang demikian, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan lebih berstruktur, mempunyai elemen kajian saintifik dan juga kerja projek.
Elemen ini telah diserap dalam falsafah pendidikan di Malaysia di mana salah satu fungsi FPK adalah mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang. Setiap individu memiliki keupayaan dan bakat yang tersendiri. Keupayaan dan bakat itu pula dapat diperkembangkan menerusi aktiviti sosial. Oleh itu, individu akan sentiasa mencari kelebihan mereka dalam bidang yang mereka pilih.
Fungsi FPK dalam melahirkan individu yang berketerampilan juga mempunyai unsur mazhab rekonstruktivisme yang mana menjurus kepada kemahiran dalam menjalankan tugas dengan cekap sekaligus mengembangkan potensi mereka secara optima.
💥 EKSISTENSIALISME 💥
Mazhab ini berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia. Manusia dianggap sebagai dilahirkan tanpa sebarang tujuan. Ahli eksistentialisme melihat realiti sebagai sesuatu yang bersifat subjektif dan hanya boleh didefinisikan oleh individu yang berkenaan sahaja. Dalam erti kata lain, individu harus bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar.
Aliran ini menggalakkan individu untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri sejajar dengan fungsi FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dari segala aspek. Dengan mengetahui tugas dan tanggungjawab in diharapkan agar rakyat Malaysia mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara yang berkualiti.
Falsafah eksistensialisme mengharapkan dapat mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada serta tabah dalam menghadapi segala jenis masalah (Tajul, 1992). OLeh itu, FPK negara ini juga bersifat eksistensialisme kerana individu manusia digalakkan berkembang mengikut potensi, bakat, minat dan emosi mereka untuk memastikan kehidupan yang lebih baik. Hal ini seperti mana elemen FPK yang mahukan rakyat Malaysia yang mempunyai unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani yang seimbang.
KESIMPULAN
Falsafah Pendidikan Barat mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan FPK negara ini dan sedikit sebanyak boleh dihayati daripada falsafah barat. Segala isi dan elemen yang terdapat di dalam FPK Implikasi yang wujud tersebut adalah berasaskan kepada kebaikan demi untuk memajukan lagi sistem pendidikan di Malaysia. Walaubagaimanapun, pengaruh tersebut bukanlah diambil secara samberono malah telah diambil kira persekitaran dan pegangan rakyat Malaysia yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Akhirnya, boleh disimpulkan bahawa penggubalan FPK yang telah terhasil ini telah diambil dan dikaji dari segala aspek yang menyeluruh bagi merealisasikan matlamat KPM dalam mengembangkan potensi murid kearah melahirkan modal insan yang berkualiti.
RUJUKAN
Unit 3:Pengaruh Falsafah Pendidikan Barat (FPB) terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (2020, December 22). YouTube. Diakses Disember 2, 2021.
N. (n.d.). Pengaruh FPB dalam FPK. Scribd. Diakses pada Disember 2 , 2021.
W. (2015, August 5). falsafah pendidikan barat. pdfslide.net. Diakses pada Disember 2, 2021.




Comments
Post a Comment