PENGARUH CABANG FALSAFAH METAFIZIK , EPISTEMOLOGI, AKSIOLOGI DAN LOGIK TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA?



 PENGENALAN


💢     Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan .

💢     Usaha ini bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan  , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga , masyarakat dan negara .

(AKTA PENDIDIKAN 1996)


PENGARUH CABANG FALSAFAH METAFIZIK , EPISTEMOLOGI , AKSIOLOGI DAN LOGIK TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA




Falsafah adalah bidang ilmu yang mempunyai empat cabang yang berbeza tetapi saling berkaitan . Setiap cabang falsafah berfungsi untuk menyelesaikan persoalan yang berbeza . Cabang falsafah tersebut ialah metafizik , epistemologi , aksiologi dan logik .


Metafizik
💨 berkaitan dengan persoalan realiti , kesejagatan dan ketuhanan yang menyentuh tentang kebenaran dan kewujudan .
💨 memerlukan ketajaman fikiran manusia untuk membuat perenungan bagi merealisasikan sesuatu.


Epistemologi
💨 perkara khusus tentang persoalan ilmu dan pengetahuan  dari aspek perolehan , jenis , sumber dan kesahannya.
💨 manusia sebagai mahkluk berakal yang mengunakkan pengetahuan yang diperoleh untuk mentadbir kehidupan .


Aksiologi
💨 membincangkan  mengenai persoalan nilai yang terdiri daripada etika dan estetika untuk keharmonian dan keseimbangan  kehidupan manusia .
💨 ETIKA : tatalaku manusia dalam kehidupan
💨 ESTETIKA : nilai keindahan atau kecantikkan terhadap terhadap sesuatu yang ditanggap oleh panca indera manusia .



Logik
💨 membincangkan persoalan untuk membuat keputusan atau rumusan yang perlu diambil secara tepat dan berkesan .
💨 INDUKTIF : pernyataan yang bermula dari sesuatu yang bersifat khusus dan berakhir dengan sesuatu umum .
💨 DEDUKTIF : pernyataan yang bermula dari sesuatu yang bersifat umum dan berakhir dengan sesuatu khusus.


PENGARUH 

a) KURIKULUM

        Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah memberi banyak pengaruh terutamanya dalam bidang akedemik.Misalnya , kesepaduan & keseimbangan amatlah ditekankan dalam sukatan pembelajaran di Malaysia pada masa kini  dengan mengutamakan unsur penggabungjalinan .
              Penggabungjalinan terbahagi kepada tiga bahagian kecil . Yang pertama ialah penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu matapelajaran . Sebagai contoh , melibatkan kemahiran lisan atau  pertuturan , membaca, menulis , mengira , mewarna dan sebagainya .Seterusnya penggabungjalinan antara kemahiran dari beberapa matapelajaran lain . Misalnya , pelajar mempelajari mengenai alam sekitar di matapelajaran sivik dan juga turut menggunakan ilmu tersebut di matapelajaran sains kerana topik tersebut saling berkaitan . Yang terakhir pula , penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum . Contonya , menggabungkan kemahiran mengambil lajak dalam permainan lompat jauh dengan mengambil lajak dalam permainan lompat tinggi . Hal ini bertujuan bagi melahirkan individu yang seimbang terutamanya dari aspek JERI [ jasmani , emosi , rohani , intelek ] .

      Selain itu , FPK juga membantu dalam memupuk budaya sains dan teknologi serta budaya keusahawanan dan perniagaan . Misalnya penganjuran program mahupun pertandingan berkaitan seperti "HARI KEUSAHAWANAN" dan " HARI KANTIN " peringkat sekolah . Program seperti ini dapat memberi pendedahan awal berkenaan budaya teknologi dan budaya keusahawanan kepada para pelajar . Hal ini kerana pada era kini , kita lebih berfokus kepada bidang teknologi maklumat serta bidang keusahawanan .


      FPK juga berfokus bagi memperkukuh bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan serta menigkatkan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris . Sebagai tambahan , FPK telah mempersiapkan para pelajar untuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi . Hal ini bertujuan agar para pelajar mampu berhadapan dengan pelbagai situasi yang mendatang .



b) INSTITUSI PENDIDIKAN
ASRAMA

ARENA

DEWAN


    Seterusnya , pengaruh terhadap institusi pendidikan . Seperti yang kita sedia tahu institusi-institusi pendidikan di Malaysia telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan peralatan yang mencukupi serta sesuai bagi aktiviti berpusatkan murid-murid . Sebagai contoh gambar di atas merupakan antara kemudahan yang terdapat di Universiti Pendidikan Sultan Idris .
    Institusi Pendidikan di Malaysia sangat menitikberatkan kemudahan , kebersihan dan keselematan bagi memastikan keselesaan para pelajar terjamin . Hal ini bertujuan agar murid mudah melakukan kegiatan harian di institusi pendidikan misalnya , kegiatan beriadah , kegiatan belajar dan banyak lagi .
    Di samping itu , cabang falsafah telah membantu dalam penyerapan nilai-nilai murni melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dianjurkan melalui pihak sekolah mahupun universiti . Misalnya kita boleh mempelajari dan meneladani nilai kerjasama dalam aktiviti berkumpulan di dalam kelas mahupun pembelajaran di luar kelas .Contoh lain yang boleh diambil ialah , melalui aktiviti kokurikulum seperti perkemahan sekolah , para pelajar dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti menepati masa , bertanggungjawab , amanah , cekap dan sebagainya.



c) GOLONGAN PENDIDIK
    

    Pengaruh seterunya adalah terhadap golongan pendidik . Pengaruh cabang falsafah terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ialah melahirkan pendidik yang sangat beriltizam dan berinovasi dalam mencapai aspirasi serta matlamat kebangsaan . Para pendidik memegang tanggungjawab besar dalam memberi tunjuk ajar kepada para pelajar . Para pendidik turut berusaha bersungguh - sungguh bagi melaksanakan strategi pembelajaran dan pengajaran untuk lahirkan insan yang seimbang terutamanya dari aspek JERI iaitu jasmani , emosi , rohani dan intelek . Maka , para pendidik telah mencipta pelbagai inovasi dalam sistem pendidikan .Mereka juga berfikiran jauh dan matang dalam mencari satu perubahan bagi mencapai kemajuan negara kita dari masa ke masa .
    Contoh usaha para pendidik dalam melaksanakan strategi pembelajaran dan pengajaran agar lebih berkesan , effektif dan mudah difahami oleh para pelajar adalah seperti pengajaran di luar kelas , penggunakan bahan lain seperti LCD , pengajaran dalam bentuk permainan dan sebaginya . Hal ini bertujuan bagi menarik minat para pelajar untuk lebih fokus terhadap topik yang dipelajari .
    Sebagai tambahan , para pendidik juga turut meningkatkan kecemerlangan bagi menghadapi sebarang perubahan selari dengan sistem pendidikan. Sebagai seorang pendidik , mereka haruslah sentiasa haus untuk memperbaiki diri sendiri dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi dalam mempelajari perkara baru . Hal ini bertujuan agar para pendidik sentiasa bersedia berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang berlaku di dalam sistem pendidikan .



RUJUKAN


Raju, M. S. (2012, May 12). Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru. Scribd. Retrieved December 24, 2021, from https://www.slideshare.net/MeenuMegala/implikasi-falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-guru?next_slideshow=1


Eliza Binti S.Razali, N. (2021, May 14). Pengaruh Cabang Falsafah Metafizik, Epistemologi, Aksiologi dan Logik Terhadap Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Blogger.Com. Retrieved December 29, 2021, from https://filsafat-kpf3012.blogspot.com/2021/05/pengaruh-cabang-falsafah-metafizik_14.html

Razali, R. (2017, April 22). Cabang-cabang Falsafah dan Pengaruhnya Terhadap Perkembangan Pendidikan Malaysia. YouTube. Retrieved January 4, 2022, from https://www.youtube.com/watch?v=BJCXUSoS_Aw&feature=youtu.be

Comments

Post a Comment