ISU ASAS FALSAFAH DALAM PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK)


Dapatkan info yang lebih lanjut tentang:
 https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/08/846454/aktiviti-kokurikulum-masih-relevan-seiring-pdpr


Adakah kegiatan kokurikulum masih relevan ketika murid mengikuti pembelajaran secara dalam talian?

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

        Memandangkan dunia sekarang dilanda pandemik covid - 19 , banyak negara telah menerima impak besar misalnya dalam sistem pendidikan negara terutamanya di Malaysia  . "Adakah kegiatan kokurikulum masih relevan ketika mengikuti pembelajaran secara atas talian?" menjadi persoalan yang menarik dan hangat dalam  kalangan masyarakat . Segelintir masyarakat mungkin berpendapat kegiatan kokurikulum adalah tidak wajib memandangkan para pelajar mengikuti pembelajaran secara atas talian . Namun hal yang demikian , kebanyakkan masyarakat terutamanya berpengetahuan tinggi percaya bahawa kegiatan kokurikulum amatlah penting bagi setiap pelajar bagi melahirkan para pelajar yang bukan sahaja celik pintar dalam kurikulum namun aktif dalam kegiatan kokurikulum .

        Kegiatan kokurikulum amat penting bagi melahirkan pelajar yang seimbang dan pada masa yang sama kegiatan kokurikulum mampu mengasah bakat terpendam yang ada dalam diri pelajar selari dengan tujuan utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Pada pendapat saya keseimbangan kurikulum dan kokurikulum perlu dititikberatkan bagi mengelakkan beberapa isu seperti " Pelajar straight A tidak mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana tidak melibatkan diri dalam kegiatan Kokurikulum . Kes- kes seperti ini telah banyak berlaku di negara kita dimana kebanyakkan pelajar yang cemerlang dalam akedemik tetapi kurang dalam kokurikulum tidak mendapat tempat dimana-mana institusi pendidikan . Hal ini kerana institusi pendidikan di Malaysia mengutamakan pelajar berkualiti yang seimbang dari segi akedemik dan kokurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
    
        Oleh hal yang demikian , adalah diwajibkan para pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun institusi pendidikan walaupun hanya secara atas talian .  Barisan guru mahupun penyarah perlu mengunakan pemikiran kreatif dan inovatif untuk mengenalpasti cara yang bernas untuk meneruskan aktiviti kokurikulum . Misalnya menganjurkan permainan atas talian seperti quiz , permainan menguji minta seperti catur , pertandingan video pendek atau poster dan sebagainya agar para pelajar juga tertarik untuk melakukan aktiviti tersebut bersama-sama .

"Kegiatan kokurikulum dianggap sangat berkesan untuk memupuk keseimbangan perkembangan mental dan perkembangan rohani, jasmani dan sosial pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum memberi arah dan hala tuju kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam kegiatan yang berfaedah. Berikutan penceburan dalam kegiatan ini, diharapkan dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti tersebut boleh memupuk gaya hidup (life style) yang sihat. Kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara pelajar dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang boleh membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang berguna "(Wee Eng Hoe, 1996).


Dapatkan info yang lebih lanjut tentang:
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/04/416117/akhlak-asas-bentuk-jati-diri-masyarakat


          Pada saat ini kita semua berada di zaman dimana semuanya serba modern, dari teknologi, peradaban bahkan akhlak manusia pun ikut terkena imbas kemajuan zaman. Sehingga anak-anak yang lahir di zaman ini juga terkena dampak modernisasi. Hal ini telah menyebabkan akhlak masa kini semakin pudar dari semasa ke semasa. Masyarakat terutamanya remaja kita pada hari ini dicemari dengan pelbagai krisis akhlak merangkumi tingkah laku dan perbuatan tidak bermoral seperti berkelakuan tidak sopan di tempat awam, sumbang mahram dan menghina antara satu sama lain yang akhirnya menyebabkan pergaduhan sesama sendiri. "Adakah akhlak merupakan asas bentuk jati diri masyarakat?" telah menjadi persoalan yang menarik di kalangan masyarakat. Oleh itu, sememangnya akhlak perlu diberi penekanan terhadap masyarakat terutama bagi remaja supaya mereka dididik dari bangku sekolah lagi bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.  

          Menurut Islam, Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengubah akhlak seluruh manusia. Akhlak sangat penting dalam mencorakkan kehidupan setiap individu kerana ia menentukan tingkahlaku dan perbuatan sama ada baik atau sebaliknya. Akhlak yang baik akan melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Ukuran kepada kemajuan sesebuah masyarakat dan negara perlu bersandarkan kepada indikator seperti penghayatan nilai murni, akhlak mulia dan etika ketamadunan yang baik. Ia merangkumi peningkatan taraf sosial masyarakat berkaitan aspek keagamaan, moral dan pengamalan gaya hidup sihat yang disulami dengan kefahaman dan penghayatan yang baik meliputi rohani, jasmani, emosi serta intelek yang seimbang. Ini amat berkait rapat dengan matlamat pendidikan negara dimana dengan melahirkan warganegara harmoni yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan sejahtera. 

           Selain itu, pembinaan akhlak yang baik turut mempunyai perkaitan dengan soal ibadah dimana dapat melahirkan modal insan yang berpaksikan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan tercapai seperti yang tertulis dalam Rukun Negara yang pertama. Hal ini juga boleh dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Kepercayaan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam pembentukan identiti negara Malaysia. Dengan adanya kepercayaan kepada Tuhan oleh masyarakat di negara kita, ini akan mewujudkan satu masyarakat yang seimbang. Jadi tidak mustahil akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika memulai pembentukan masyarakat Islam pada zaman itu.

           Justeru, memupuk akhlak yang cemerlang perlu diterapkan semasa awal usia remaja. Tambahan lagi, bukan sahaja agama islam menunjukkan tentang akhlak, malah agama lain juga memberi contoh akhlak yang baik untuk setiap modal insan yang mempercayai agama. Oleh itu, akhlak merupakan asas yang sangat penting bagi membentuk jati diri masyarakat sekali gus dapat mengembangkan potensi masyarakat terutama remaja kini ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti. 



Dapatkan info lebih lanjut tentang:
 https://mykmu.net/2021/04/12/lebih-ramai-lepasan-spm-stpm-tercicir-jika-universiti-terhad/

 
        Pada era serba moden ini, terdapat juga satu isu yang merupakan isu besar di Malaysia berkaitan ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tercicir akibat peluang untuk pelajar lepasan SPM dan STPM melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta adalah terhad. Hal ini, mereka terpaksa bersaing antara satu sama lain malah ada juga yang tercicir dan tidak berpeluang ke menara gading.

        Berkaitan dengan isu besar ini, ianya amat tidak selari dengan unsur yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal ini, menurut FPK pendidikan merupakan satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu tidak kira pelbagai golongan serta pendidikan yang berorientasikan falsafah eklektik memberikan ilmu kepada setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu. Oleh itu, jika setiap pendidikan itu dirujuk FPK dengan baik, ia tidak seharusnya mempunyai jurang golongan yang tercicir dalam setiap pendidikan malah ianya diberi dengan sama rata kepada setiap golongan tanpa ada jurang keciciran. Dengan wujudnya isu ini, ia mengakibatkan proses pendidikan di Malaysia dilihat tidak berlangsung dengan baik. 



Comments